Amat pelik pembangkang, 60% janji manifesto sudah tertunai

KiniTV 2019-12-08

Views 136

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyatakan iltizam akan memastikan kerajaan terus berusaha membaik pulih negara dan taraf hidup rakyat serta melaksanakan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Presidennya, Mohamad Sabu, berkata mereka memahami perubahan yang berlaku belum memadai, khususnya bagi rakyat yang menanti selama 60 tahun bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Amat pelik apabila pembangkang menguar-uarkan janji pilihan raya dalam keadaan usia kerajaan baru setahun setengah dan menunaikan lebih 60 peratus daripada manifesto PH,” katanya dalam Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional AMANAH 2019 di Pusat Konvensyen Ideal semalam.

Share This Video


Download

  
Report form