Mengulas tentang pertemuan dirinya sebagai Presiden PKR dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamarudin, dia berkata dia sudah berjumpa dalam mesyuarat majlis PKR dan tidak mempunyai masalah tentang itu.
Dia bagaimanapun keberatan jika pertemuan diadakan secara berkelompok yang mewakili beberapa puak sokongan.
Menyentuh tentang undi tidak percaya pada dirinya, dia memberitahu dia tidak mendengar tentang hal itu dan yakin dengan ahli PKR sejumlah satu juta orang, tidak ada halangan jika seorang atau dua yang memberi pendapat.