Netizen puji pelajar sekolah sujud syukur selepas SPM, bukan 'berpesta'

KiniTV 2019-11-29

Views 4

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwaberdoa dan melakukan sujud syukur di dalam dewan peperiksaan setelah tamat SPM.

Tindakan dilakukan pelajar tersebut telah dirakam dan dikongsi oleh Farhaan Rahmat menerusi laman Facebooknya yang memaparkan sekumpulan pelajar sekolah tersebut sujud syukur selepas tamat SPM.

Dalam perkongsian video tersebut, calon SPM itu juga turut membaca doa untuk dipermudahkan urusan mereka dalam menghadapi peperiksaan terakhir yang turut disertai oleh guru-guru mereka.

Rata-rata netizen yang memberi komen membuat perbandingan beberapa pelajar dari Melaka yang berpesta di tengah jalan meraikan tamat peperiksaan SPM.

Share This Video


Download

  
Report form