Sekumpulan NGO hari ini menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mencari penyelesaian terbaik dalam kekejaman yang menimpa rakyat Palestin.
Hal itu dinyatakan dalam memorandum Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (Pepiat) yang diterima Penyelaras Residen PBB di Malaysia Stefan Priesner di pejabatnya di Putrajaya.
Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz yang mengetuai delegasi menghantar memorandum itu menuntut PBB mengambil tindakan undang-undang terhadap rejim Israel yang melakukan kekejaman dan kezaliman serta penindasan terhadap rakyat Palestin.
Kata Muhammad Faisal, perkara itu dapat dilakukan PBB melalui jawatankuasa khasnya mengenai hak Palestin.
Jelasnya, pendirian itu turut disuarakan kepada Stefan Priesner ketika menyerahkan memorandum berkenaan tengah hari tadi