Setiausaha Agung PAS yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, menegaskan tujuan pembangkang hanyalah mahu membuktikan kelemahan kerajaan.
“Kalau mereka sokong, kenapa hanya 32 Ahli Parlimen mereka yang hadir? Ini imej kerajaan, kenapa membiarkan tak cukup bilangan untuk menyokong usul mereka sendiri?
“Kalau gagal, ia kegagalan kerajaan, bukan pembangkang. Kami hanya ambil kesempatan membuktikan kerajaan ini lemah, itu tujuan pembangkang,” katanya.
Ditanya sama ada tindakan pembangkang seperti mempermainkan nasib golongan kurang bernasib baik, Takiyuddin berkata, meluluskan belanjawan adalah tanggungjawab kerajaan, bukan pembangkang.
Takiyuddin diminta mengulas kenyataan Hannah Yeoh embangkang didakwa politikkan nasib golongan kurang bernasib baik