Rombakan kabinet kemungkinan sebelum November 2020

KiniTV 2019-11-21

Views 2.6K

Susulan kekalahan teruk Pakatan Harapan sewaktu Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, 16 Nov lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menimbang saranan Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk melakukan rombakan kabinet.

“Tetapi bukanlah hari ini…bukan lah hari esok, tetapi setelah kita kaji dan teliti pencapaian dan kebolehan menteri yang ada sekarang ini. Dan selepas daripada itu barulah kita akan bincang dengan kemungkinan kita adakan reshuffle cabinet.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Bersatu berkata, walaupun ia adalah prerogatif beliau untuk membuat rombakan, namun beliau juga harus mengambil kira bahawa Kerajaan Pakatan Harapan terdiri daripada lima parti komponen.

Share This Video


Download

  
Report form