Anwar Ibrahim tidak melayan sebarang spekulasi bahawa terdapat percubaan mewujudkan kerajaan 'pintu belakang' kerana peralihan kuasa perlu melalui saluran yang betul.
"Saya tidak rasa ada masalah jika ada yang berminat tapi ikut jalur biasa, kalau tidak nanti kita kena pakat dengan kelompok itu, kelompok ini, mesyuarat sulit sana, sini. Jadi tak tumpu kerja sedangkan masalah rakyat, ekonomi harus dibangunkan, masalah rakyat harus diselesaikan," katanya.
Katanya juga masalah rakyat harus tertumpu dan belajar dari kesilapan di PRK Tanjung Piai dan ia merupakan kebangkitan rakyat memberikan mesej yang jelas rakyat menolak dan protes kepada kerajaan sekarang.