Penyokong Berjasa mengambil pendekatan berbeza, sekumpulan lima ke enam ahli Berjasa diletakkan di setiap 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) bagi berganti-ganti membaca dua juzuk al-Quran.
Di kala penyokong parti lain bersorak dan menjerit antara satu sama lain, penyokong Berjasa mengambil pendekatan yang lebih aman.
Calon Berjasa, Ir Badrulhisham membawa agenda berbeza, mewujudkan kerajaan Melayu Islam.