'Saya yakin asas undang-undang, dan ambil risiko'

KiniTV 2019-11-15

Views 7

Ketika ditemubual sejurus keluar dari kamar perbicaraan, Rafizi Ramli berkata keputusan berdasarkan 'point of law' mengenai pendakwaan yang tidak kemukakan dokumen asal, dan dokumen salinan untuk mendakwa dirinya, bertentangan akta keterangan.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, terhadap hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

Keputusan itu dibuat selepas Mohd Rafizi membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 30 bulan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen pada 7 Februari lalu selepas didapati bersalah mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA, mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC yang didakwa dilakukannya di Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.

Share This Video


Download

  
Report form