Wee Jeck Seng enggan ulas belanja besar ubah suai pejabat

KiniTV 2019-11-14

Views 2

Di saat kempen PRK Tanjung Piai memasuki pusingan terakhir, isu pencapaian calon BN Wee Jeck Seng ketika menjadi pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) dibangkitkan.

Chan Foon Hin, yang dilantik sebagai pengerusi selepas Wee, mendakwa LPA sebelum ini mengeluarkan belanja besar untuk pengubahsuaian sebuah pejabat di Kuala Lumpur yang tak pernah digunakan.

Pengubahsuaian itu termasuk sebuah tandas berteknologi tinggi.
Menurut Chan, kos ubah suai itu mencecah lebih RM300 ribu ringgit RM343,180.50 dan LPA di bawah Wee mengikat kontrak sewa tiga tahun untuk pejabat itu dengan kos berjumlah RM500 ribu ringgit.

Baru-baru ini Wee mencabar Pengerusi DAP Victoria Utara, Wong Kwan Kit untuk membuat laporan polis jika ada salah laku dalam keputusan LPA untuk menyewa pejabat itu.

Kami sempat mendapatkan komen Wee Jeck Seng tentang isu ini dan dia enggan mengulas isu LPA dan meminta fokus pada PRK.

Share This Video


Download

  
Report form