'Itulah tak nak pilih saya awal-awal, kan dah rugi' - Calon PH

KiniTV 2019-11-14

Views 2.2K

Calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini berharap agar pengundi Tanjung Piai memberi kepercayaan terhadapnya untuk menggalas tanggungjawab sebaik mungkin membawa suara dan permasalahan rakyat di Tanjung Piai.
Jelasnya, undi kepada BN tidak akan menguntungkan penduduk kawasan Tanjung Piai, malah hanya akan menguntungkan parti itu apabila menjawat sebagai Ahli Parlimen.

Beliau turut memberi keyakinan bahawa perkara berkaitan permasalahan penduduk, akan dilaksanakannya tanpa memilih kasih kepada mana-mana pihak.

“Saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab ini bahawa apa jua yang akan dilaksanakan oleh pimpinan, akan dilaksanakan sebaik mungkin.

“Saya mohon dan merayu seluruh penduduk, tak payah lah pikir panjang. Apa yang rugi? yang untungnya kamu semua. Peruntukan bukan untuk saya, tapi untuk kamu semua.

“Saya berjanji kepada seluruh penduduk, sekiranya saya diangkat sebagai wkail rakyat di sini, apa jua yang digariskan kepimpinan parti, saya akan laksanakan,” katanya dalam ucapan semasa Ceramah Mega PH, di Terminal Bas Kukup, Pontian hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form