Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan tidak menolak kemungkinan undi terhadap BN di PRK Tanjung Piai merosot antara dua hingga tiga peratus, susulan mahkamah memutuskan Najib Razak perlu membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC).
Bagaimanapun Mohamad berkata kebanyakan pengundi sudah membuat pilihan mereka sebelum keputusan mahkamah itu.
“Mungkin ada perubahan dua ke tiga peratus ekoran kes itu tetapi rakyat dah buat keputusan nak pilih siapa dalam PRK Tanjung Piai,”katanya ketika ditemui pemberita di pusat daerah mengundi (PDM) Telok Kerang semalam.
Keputusan itu disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali semalam, bagi kesemua tujuh pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu berkaitan SRC.