Calon bebas Faridah Aryani lambat kempen atas kekangan dana

KiniTV 2019-11-08

Views 2.7K

Selepas tujuh hari berlangsung penamaan calon di pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai, Faridah Aryani Abdul Ghaffar baru mula berkempen.

Tambahnya, ini atas kekangan dana yang dihadapi pihaknya namun dia mengambil perkara tersebut secara positif.

Kita positif walaupun tiada dana kita anggap sebagai strategi untuk berkempen minggu terakhir,” katanya pada sidang media pertama calon tersebut di Serkat, Johor hari ini.

Jelasnya, dia akan mengunakan tujuh hari terakhir untuk berkempen habis-habisan di Tanjung Piai.

“Kita akan kempen habis-habisan, akan turun padang untuk ziarah 27 PDM (pusat daerah mengundi) bermula hari ini.

“Memandangkan satu isu, kita kurang dari segi kewangan tiada dana besar.

Share This Video


Download

  
Report form