Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata melalui analisis yang dibuat oleh pihaknya mendapati kerisauan pengundi di PRK Tanjung Piai adalah kos sara hidup dan peluang pekerjaan.
"Ini menyebabkan ada sebahagian dari penduduk di Tanjung Piai terpaksa pergi ke Singapura atau ke Johor Bahru untuk mendapatkan pekerjaan kerana peluang pekerjaan yang agak terbatas di kawasan ini," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan analisis awal PRK Tanjung Piai di Shah Alam pagi tadi.