LTTE : 12 suspek didakwa, ahli keluarga rayu tunggu luar mahkamah

KiniTV 2019-10-31

Views 336

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek G Saminathan dan tiga lelaki hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen berhubung kumpulan pengganas LTTE.

Saminathan, 34, pemandu teksi V Balamurugan, 37, penghantar surat S Teeran, 38, dan peniaga besi buruk A Kalaimughilan, 28, masing-masing didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama berlainan.

Saminathan didakwa menggunakan nama ‘Gsami Nanthan Siva', Balamurugan atas nama 'BALAMURUGAN VEERASAMY', Teeran dengan nama 'TAMMIL KANNAMAH' dan Kalaimughilan dengan nama 'Kalai Mugilan’.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8(M) Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, di Kuala Lumpur pada 7 Okt dan 8 Okt 2019 pada masa berlainan iaitu 9 pagi, 10 pagi dan 9.30 malam.

Di luar mahkamah, beberapa ahli keluarga terdekat salah seorang tahanan merayu agar mereka dibenarkan menunggu diluar lorong mahkamah namun dihalang polis dan diminta beredar.

Mereka berkata, mahu memberi sokongan moral kepada ahli keluarga mereka yang ditahan.

Share This Video


Download

  
Report form