"Dari UMNO ke Bersatu, soalan saya nombor satu"

KiniTV 2019-10-24

Views 1.3K

Datuk Rosol Wahid (PH-Hulu Terengganu) yang ingin mengetahui jumlah pelarian di Malaysia mengikut negara asal, serta langkah-langkah kerajaan dalam memastikan mereka benar-benar berstatus pelarian.

Kerajaan kini perlu melibatkan diri dalam urusan menentukan status pelarian pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR), kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, penglibatan kerajaan perlu kerana ia turut melibatkan soal keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

“Kerajaan masa kini dalam proses rundingan bersama UNHCR untuk pastikan agensi kerajaan turut terlibat dalam tentukan status pelarian.

“Perkara ini bagi mengesahkan status pelarian yang diberi pada seseorang pemegang kad, di samping untuk memastikan keselamatan negara diberi keutamaan.

Share This Video


Download

  
Report form