Kenapa Maszlee berdiam diri isu mahasiswa UM protes

KiniTV 2019-10-17

Views 576

Mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang membuat protes terhadap Naib Canselor, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya baru-baru ini berhak menyatakan pandangannya seiring dengan amalan kebebasan bersuara.

Malah Presiden MCA Wee Ka Siong yang menyokong pendirian Wong Yan Ke bahawa ucapan berunsur perkauman daripada Naib Canselor tersebut merupakan punca protes yang dilakukannya itu.

Bagaimanapun Wee Ka Siong tidak bersetuju dengan pemilihan tempat dan masa yang digunakan mahasiswa itu untuk menyatakan ketidakpuasan hati dan pandangannya.

Ka Siong kecewa dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Timbalannya, Teo Nie Ching yang sehingga kini mengunci mulut kerana sepatutnya mereka berdua mengambil tindakan tegas bertepatan dengan situasi agar perkara ini tidak berulang.

Share This Video


Download

  
Report form