Boleh tanya saya apa saja, saya sedang mood baik

KiniTV 2019-10-16

Views 773

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Dewan Tertinggi BN tidak pernah membincangkan berkenaan pelantikan Hishammuddin Tun Hussein sebagai Setiausaha Agung gabungan komponen itu.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab khabar angin kononnya Hishammuddin yang merupakan bekas Naib Presiden UMNO bakal dilantik sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu.

Media melaporkan pada Ogos lalu bahawa pemimpin utama BN selain Ahmad Zahid, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Tan Sri S A Vigneswaran secara sebulat suara melantik Hishammuddin sebagai Setiausaha Agung.

Ditanya berkenaan pengumuman calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Ahmad Zahid berkata segala keputusan akan ditentukan dalam mesyuarat BN.

“Kita ikut jadual Suruhanjaya Pilihan Raya. Kita juga akan adakan mesyuarat rasmi dengan semua Presiden parti komponen BN dan kita akan tetapkan tarikh dan maklumkan dalam waktu yang paling terdekat,” katanya.

Share This Video


Download

  
Report form