Lembaga pemegang amanah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) digesa untuk melepaskan jawatan jika mahu peruntukan kerajaan yang lebih tinggi.
Gesaan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng itu dibuat sehari selepas membentangkan Belanjawan 2020 yang menyaksikan UTAR yang dimiliki oleh MCA itu hanya menerima RM1 juta.
Ujarnya, institusi pendidikan sepatutnya bebas daripada sebarang kawalan parti politik.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen, Sabtu lalu.