Permintaan rakyat ialah cukai lebih rendah dan tingkatkan subsidi - Dr M

KiniTV 2019-10-11

Views 141

Permintaan rakyat untuk menambah subsidi dan mengurangkan cukai adalah sukar untuk dilaksanakan.

Ia dilihat tidak munasabah kerana kedua-duanya perlu diseimbangkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya ada membaca permintaan rakyat, iaitu mahukan cukai yang lebih rendah dan meningkatkan subsidi.

"Sekiranya cukai terlalu rendah, kita tidak akan mempunyai wang dan tidak boleh memberi subsidi, " kata Tun Mahathir.

Share This Video


Download

  
Report form