Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berkata adalah menjadi kewajipan sebagai seorang YB untuk mendengar keluhan rakyat.
Beliau bercakap kepada media semalam dalam satu perjumpaan bersama pekerja Foodpanda yang diundang olehnya.
Ratusan penghantar Foodpanda membanjiri kediamannya selepas diundang untuk dialog membincangkan masalah mereka susulan tunjuk perasaan ekoran skim pembayaran baru.
Penunggang Foodpanda mendakwa skim baru itu, yang berkuatkuasa 30 Sept lepas, mengurangkan pendapatan mereka.
Mereka datang ke kediaman Syed Saddiq di Petaling Jaya seawal 8 malam walaupun hujan renyai.
“Saya ingin dengar suara anda supaya isu ini dapat dibangkitkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu,”