Penghantar makanan Foodpanda Johor juga mahu hak mereka didengar

KiniTV 2019-10-01

Views 1K

200 penunggang Foodpanda bebas mengadakan protes semalam terhadap skim pembayaran baru yang diumumkan oleh syarikat penghantaran makanan dalam talian baru-baru ini.

Kira-kira 100 penunggang syarikat di Lembah Klang berkumpul di ibu pejabat syarikat itu di Southgate Cheras dari 11 pagi hingga 2 petang untuk melepaskan kekecewaan mereka atas skim pembayaran.

Tidak kurang juga di Johor, beberapa penunggang Foodpanda mengadakan membuat aduan di pejabat buruh Johor Bahru berkenaan pelaksanaan skim baru.

Pada 28 September lalu, Pengarah Urusan Foodpanda Sayantan Das berkata perubahan itu untuk membolehkan penghantar makanan yang mahu bekerja lebih mendapat kuantiti penghantaran tinggi justeru mendapat lebih pendapatan.

Dapatan twitter ijulzly, meminta pihak pengurusan menyelaraskan skim gaji iaitu prestasi penilaian pekerja yang membabitkan batch dari batch, dan menyelaraskan gaji baru dengan membayar gaji dan masa yang bekerja sebagai "freelancer"

SUMBER : Twitter ijulzly

Share This Video


Download

  
Report form