Saya nak sedekah Al-Fatihah pada arwah, itu saja - Nurul Amal

KiniTV 2019-09-30

Views 6.7K

Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi membuat penjelasan dia sekadar mahu memberi sedekah kepada allahyarham seorang lelaki maut ditembak polis selepas mengamuk.

Tambah peguam Hasnal Rezua Merican yang turut hadir dalam kenyataan kepada polis, tidak ada elemen untuk menghasut atau unsur perkauman.

Dia berharap pihak Polis akan menyiasat kes ini dengan adil di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan 505C kanun keseksaan.

Pihaknya sudah memberi versi mereka dan diperjelaskan pada pihak polis menunjukkan Nurul tidak melakukan unsur jenayah.

Nurul Amal Mohd Fauzi dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi diambil keterangan berhubung dakwaannya bahawa lelaki mati ditembak polis di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 23 September berkaitan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Siasatan terhadap Naib Ketua Puteri UMNO itu dibuat susulan satu laporan polis oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid semalam.

Share This Video


Download

  
Report form