Adakah ini semata-mata meramaikan pengundi? Siapakah 200 ribu warganegara ini?

KiniTV 2019-09-11

Views 80

Menurut NGO Gerak Padu, mempersoalkan pemberian kerakyatan yang mula tular berkait dengan kenyataan dibuat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lalu bahawa seramai 200,000 orang dijangka mendapat sijil kewarganegaraan.


Penjelasan itu penting susulan penularan status kerakyatan diperoleh warganegara China baru-baru ini menjadi satu isu sensitif yang perlu diperjelaskan, bukan sekadar dinafikan.


“Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) (Datuk Ruslin Jusoh) membuat kenyataan media berhubung isu itu dan mengatakan ia adalah fitnah. Namun kami mahukan penjelasan yang sewajarnya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Isu ini membimbangkan kerana sangat sensitif dan perlu diberi penjelasan kepada kita rakyat Malaysia mengenai pemberian kerakyatan di bawah kerajaan baharu hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form