Respon Saddiq bila ditanya untuk tarik balik kenyataan "bodoh sombong"

KiniTV 2019-09-05

Views 3.2K

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq tidak mahu mengulas panjang berhubung desakan kumpulan yang menggelar diri sebagai Pasukan Bertindak Seni Khat (Sekat) agar beliau menarik balik kenyataan "bodoh sombong" di Twitter baru-baru ini.

Ia berkenaan kenyataan Sekat bahawa mereka akan meyakinkan ibu bapa terbabit agar berhenti menghantar anak masing-masing ke sekolah jika kerajaan enggan berdialog dengan mereka berhubung pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

“Isu ini kita dah bincangkan berkali-kali di kabinet. Jadi, kita ikut sajalah keputusan kabinet”," katanya ringkas.

Share This Video


Download

  
Report form