Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, adalah perkara biasa jika pembangkang cuba melemahkan kerajaan yang memerintah.
Katanya, tindakan itu biasa berlaku apabila terdapat perubahan tampuk pemerintahan dan pertukaran kerajaan.
Beliau berkata demikian secara ringkas kepada media selepas menghadiri Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-62 peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di hari ini.
Semalam, Abdul Hamid dalam temubual bersama The South China Morning Post mendakwa pembangkang menjadi penyebab ketegangan kaum dan agama di negara ini.
The South China Morning Post melaporkan, Abdul Hamid menyifatkan situasi yang berlaku di Malaysia ketika ini ‘menyusahkan’.
Baru-baru ini, Abdul Hamid turut mengeluarkan kenyataan mana-mana individu termasuk pemimpin politik yang membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama akan disiasat dan ditangkap serta-merta.