Tiada perintah larangan ceramah dari polis, hanya nasihat - Peguam Zakir Naik

KiniTV 2019-08-23

Views 3K

Peguam Dr Zakir Naik, Akberdin Abdul Kader telah menegaskan bahawa polis tidak mengeluarkan sebarang arahan yang mengharamkan ceramah pendakwah itu.


Dia juga memberitahu dalam sidang media itu yang pendakwah tidak menerima apa-apa secara bertulis yang menyatakan demikian.

"Tidak ada perintah larangan atau apa-apa seperti yang dikenakan ke atasnya. Dia hanya dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang ceramah buat masa ini, sehingga polis menyelesaikan siasatan.

"Ia bukan arahan, tiada apa-apa secara bertulis diberikan kepadanya, tidak ada arahan diberikan kepada peguamnya untuk memaklumkan kepadanya," katanya, sambil menambah bahawa Zakir pasti akan mematuhi nasihat polis sehingga siasatan selesai

Bagaimanapun pada hari Selasa, Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Asmawati Ahmad berkata pesanan dikeluarkan untuk mengharamkan ceramah awam Zakir di seluruh negara.

Share This Video


Download

  
Report form