KANGAR 9 Ogos - Melalui jalan di sekitar Stadium Tuanku Syed Putra di sini, pasti ternampak kelibat seorang warga emas sedang melatih kanak-kanak bermain bola sepak.
Itu adalah rutin harian Md. Akhir Bakar,66, sejak 10 tahun lalu tanpa mengenakan sebarang bayaran, dengan hasrat dia dapat melihat kanak-kanak berkenaan berjaya dalam sukan yang begitu dicintainya itu pada masa hadapan.