Bekas menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Rafidah Aziz telah membidas projek kereta terbang pertama di Malaysia yang diperkenalkan oleh rakan separtinya, Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof.
Menurut pemimpin yang lantang bersuara itu, terdapat banyak lagi isu yang lebih penting berbanding memperkenalkan dasar remeh tersebut.
"Apabila anda mempunyai kecenderungan semborono dalam membuat keputusan, kita (negara) akan menghadapi masalah. Saya berharap penentu dasar akan membimbing pihak sepatutnya untuk memberi fokus apa yang betul,” katanya pada perbincangan ekonomi di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
"Maksud saya, okeylah, awak mahu membuat kereta terbang, teruskan, (tetapi lakukannya) sebagai hobi peribadi. Siapa yang halang anda (untuk berbuat demikian)?
"Tetapi jangan jadikannya sebagai projek untuk negara.
"Kita sedangkan tidak mempunyai basikal diberikan sebagai bantuan kepada pelajar-pelajar di Sabah dan Sarawak yang berjalan kaki berbatu-batu setiap hari," katanya.
Apabila menyedari bahawa kereta terbang itu tidak lebih daripada sebuah dron, Rafidah berkata pelaksanaannya itu sukar untuk dilaksanakan.
Katanya, ini kerana banyak aspek perlu dipertimbangkan.