Banduan cuba larikan diri dengan menyamar dilapor maut dalam sel

KiniTV 2019-08-07

Views 3.7K

Seorang pengedar dadah di Brazil yang 'kantoi' ketika cuba melarikan diri dari penjara dengan menyamar sebagai anak perempuannya dilaporkan meninggal dunia.

Memetik AFP, Clauvino da Silva, ditemukan maut dalam sel, tiga hari selepas cubaannya meloloskan diri dari sebuah penjara di Rio de Janeiro pada Sabtu lalu gagal.

Menurut pihak berkuasa, Silva, 42, dipercayai menggantung diri menggunakan kain cadar.

Siasatan kini dijalankan bagi menyiasat kematian Silva yang merupakan seorang anggota kumpulan Red Command, salah satu kumpulan jenayah utama di Brazil. - AFP

Share This Video


Download

  
Report form