Hanya 30 peratus aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap hari boleh dikategorikan sebagai rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya selebihnya, aduan tersebut lebih tertumpu kepada masalah PBT, pencabulan, dan tidak berpuas hati keputusan mahkamah.
Jelasnya, pihak SPRM terpaksa menapis aduan tersebut kerana orang ramai beranggapan bahawa agensi itu boleh menyelesaikan semua perkara.
Beliau berkata demikian dalam sesi temubual dengan media di Putrajaya hari ini.