Bekas Presiden Umno Najib Razak menjelaskan beliau bukan 'boss' tetapi gelaran itu adalah milik rakyat.
Kata Najib, walaupun asal usul sebutan 'Bossku' dari Tawau, beliau tidak mengetahui bagaimana gelaran itu diberikan kepadanya.
Najib berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Umno Tawau, Sabah hari ini.
Video ucapan dimuat naik di Facebook Najib Razak.