Jangan benarkan LGBT jadi budaya di M'sia - NGO

KiniTV 2019-07-14

Views 283

Satu kumpulan NGO berhimpun di pusat beli belah terkenal di ibu negara pada Sabtu bagi meminta kerajaan agar tidak membenarkan Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) menjadi budaya di kalangan rakyat di Malaysia.

Aktivis masyarakat, Sharifuddin Hamid berkata demikian mengulas paparan video klip yang tular di media sosial yang didakwa mirip seorang menteri dengan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Pada 12 Jun, Haziq mengakui dirinya terlibat dalam hubungan seks sejenis dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali selepas satu rakaman video menjadi tular.

Haziq mendakwa rakaman itu dibuat tanpa keizinannya.

Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Share This Video


Download

  
Report form