Sidang Dewan Rakyat pada sebelah pagi ceria dengan gelagat pembangkang yang menyindir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohammadin Ketapi kerana mengambil terlalu lama memberikan jawapan.
Ketika itu, Mohammadin menjawab soalan Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias mengenai status terkini persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2020 dan anggaran hasil yang akan diperoleh negara melalui sektor pelancongan pada tahun 2020.
Walaupun Yang di-Pertua Dewan Rakyat cuba menasihatkan agar memberikan jawapan bertulis, Mohammadin tetap mahu menjawab soalan supaya rakyat Malaysia apa yang kerajaan buat.
Namun, tindakannya itu mengundang sindiran ahli-ahli Parlimen pembangkang yang 'memuji' usaha tersebut.