Pemuda PAS mahu perkasa hubungan dengan media, pesan "orang yang spin" adalah pendosa

KiniTV 2019-06-20

Views 904

Ketua Pemuda yang baru, Khairil Nizam memberitahu dalam ucaptama sulungnya bahawa hala tuju Pemuda PAS selepas ini ialah memperkasakan hubungan dengan media.

Dia tidak menyangkal ada pihak media yang nakal dan dia memberi pesanan "Spinners are sinners" atau orang yang spin (menokok tambah) adalah pendosa.

Dia berharap pihak media membuat liputan yang terbuka ketika muktamar PAS dan meminta berita yang terbaik kepada rakyat menggunakan formula Islam.

Share This Video


Download

  
Report form