PKR bantah tindakan provokasi AS ke atas Iran

KiniTV 2019-05-27

Views 479

PKR membantah tindakan provokasi Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran dan mendesak badan antarabangsa terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan sidang tergempar bagi mengelak ketegangan yang boleh menjurus kepada peperangan, kata Presidennya Anwar Ibrahim.

"PKR menggesa Malaysia menyatakan pendirian tegas kita dengan menolak provokasi dan ancaman peperangan kepada seluruh negara Islam yang bergabung di bawah Persidangan Kerjasama Islam (OIC), yang akan mengadakan sidang kemuncaknya di Makkah pada 31 Mei ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, pada Ahad.

AS akan menghantar 1,500 lagi tentera tambahan ke Timur Tengah sebagai "langkah perlindungan", berikutan ketegangan yang kian memuncak dengan Iran, kata Presiden Donald Trump pada Jumaat.

Kredit video: Parti Keadilan Rakyat

Share This Video


Download

  
Report form