Meriah...296 kanak-kanak gembira dapat baju raya baru

KiniTV 2019-05-25

Views 1

Seramai 296 kanak-kanak daripada 5 pusat kebajikan menerima sumbangan ikhlas iaitu baju raya sempena Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Kanak-kanak tersebut terdiri daripada Rumah Titian Kasih Al-Inayah, Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Kg Johan Setia Klang, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa serta Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Kajang.

Program amal 'Jom Shopping Raya' ini dianjurkan oleh syarikat Malik Streams Corporation bersama sebuah syarikat kesihatan dan kecantikan Iman Health and Beauty Sdn Bhd, di Jakel Mall Kuala Lumpur hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form