Menurut Anthony, sebelum ini, 20,000 kenderaan diluluskan bagi penggunaan cermin gelap dan 5,469 permit diluluskan oleh menteri terdahulu bermula 2011 hingga 2018 tanpa sebarang fi.
“Kita lihat latar belakang kebanyakan mereka yang memohon atas faktor keselamatan adalah tan sri, datuk seri dan orang berkemampuan.
“Saya berpendapat mereka golongan berkemampuan dan jika dikenakan fi, ia mampu memberi pendapatan kerajaan.
Dia berkata, permohonan yang diluluskan untuk tujuan menggelapkan cermin kenderaan sepenuhnya akan dikenakan fi sebanyak RM5,000 bagi setiap kenderaan untuk tempoh dua tahun.
Menurutnya, sebelum itu, pemilik kenderaan perlu membayar fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan.
"Permohonan di atas faktor kesihatan pula akan dikecualikan daripada bayaran fi namun perlu mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan.
"Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap perlu memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi sama dalam setiap permohonannya" katanya.
Sementara itu, Siew Fook berkata, penguatkuasaan ke atas peraturan baharu itu akan bermula tiga bulan dari sekarang.
"Sebarang permohonan pengecualian boleh dikemukan mulai tarikh kuat kuasa pindaan kaedah ini," katanya.
Dalam pada itu, Siew Fook memberitahu, pindaan peraturan penggunaan cermin gelap itu antara lain bertujuan meningkatkan hasil kerajaan menerusi bayaran fi permohonan dan pemprosesan yang dikenakan