TERKINI : Kerajaan Akan Cuba Penuhi Janji Kepada Orang Asli - Tun M

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 25

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mempertimbang setiap cadangan penambahbaikan untuk Orang Asli yang dicadangkan tetapi ia bergantung kepada kemampuan semasa.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, komitmen kerajaan akan memastikan sasaran setiap Orang Asli menerima pembangunan khususnya pendidikan secara formal dicapai menerusi Skim Bantuan Galakan Pendidikan yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Menurutnya, pembangunan Orang Asli fokus kepada tujuh bidang utama antara pendidikan yang merupakan janji kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, sejak berlaku peralihan kerajaan, perbincangan, perancangan serta gerak kerja terhadap usaha-usaha pembangunan dan peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli diberi penekanan serius.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Share This Video


Download

  
Report form