Malaysia mampu memanfaatkan teknologi mudah alih generasi kelima atau 5G dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana kemudahan tersebut akan memberi kesan kepada industri penting dalam usaha melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Menurut beliau, contohnya menerusi industri pembuatan pintar atau komunikasi jenis mesin secara besar-besaran, kerajaan berharap dapat menarik pelaburan tambah nilai tinggi, teknologi tinggi dan pengetahuan intensif dalam bidang lain.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv