SEMENYIH – Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ahli-ahli Parlimen supaya menyemak semula peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilhan Raya 1954 untuk melaksanakan hukuman setimpal dengan kesalahan seseorang calon atau parti bertanding dalam mana-mana pilihan raya akan datang.
Pengarah Eksekutifnya, Yap Swee Seng berkata, klausa serta seksyen sedia ada terlalu umum dan tidak menjurus kepada kesalahan besar atau kecil.
“”Jadi saya rasa pada masa akan datang SPR dan wakil rakyat harus meneliti akta kesalahan pilihan raya sedia ada supaya hukuman seperti denda boleh dikenakan ke atas calon yang melanggar peraturan pada hari mengundi berbanding membatalkan kelayakan bertanding,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Semenyih di sini
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv