SUBANG JAYA – Sekumpulan 15 kakitangan sebuah syarikat televisyen membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Selangor di sini bagi mendesak majikannya menjelaskan tunggakan gaji.
Jurucakapnya, Haizal Yatiran mendakwa, kesemua mereka yang memulakan tugas dari 1 Februari hinga 6 Mac lalu masih tidak mendapat sebarang bayaran gaji meskipun pihak pengurusan beberapa kali berjanji mahu melunaskannya sebelum ini.
“Kali pertama, pihak kami dijanjikan untuk mendapat bayaran gaji, pada 27 Febuari dan 28 Febuari untuk kali kedua. Kemudian, pihak pengurusan menjanjikan tarikh akhir pembayaran gaji pada 2 Mac 2019.
“Sehinggalah, beberapa kali membuat deadline dan tundaan berkenaan pembayaran, pihak pengurusan akhirnya menghubungi kami untuk membuat satu perjumpaan di The Curve, Damansara bagi tujuan pembayaran.
“Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini (majikan mereka) menghilangkan diri pada hari tersebut,” katanya pada sidang media selepas membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor di Wisma Consplant hari ini.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv