Sembilan Raja Melayu akan bermesyuarat esok, pada 10.30 pagi di Istana Negara bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu yang akan bersemayam bagi tempoh lima tahun.
Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kini dipegang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang turut memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong sehingga urusan pelantikan ketua negara yang baharu selesai.
Menurut laman web rasmi Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja membekalkan satu kertas undi setiap Raja dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan adalah sesuai atau tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv