TERKINI: "BN bantu peneroka bukan rasuah" - Najib Razak

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 1

PETALING JAYA - Barisan Nasional (BN) tidak pernah merasuah peneroka Felda sewaktu menjadi kerajaan sebaliknya parti itu memberikan bantuan untuk golongan tersebut meneruskan hidup.

Menurut bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ia jelas apabila parti itu tidak pernah ‘membeza-bezakan bantuan yang diberikan kepada peneroka yang menyokong Pakatan Harapan mahupun Pas sebelum ini.

“Ia bukan rasuah, ia tidak rasuah (tapi) kita tolong masyarakat felda sebab mereka dalam keperitan hidup.

“Bukan soal rasuah kita (BN) tolong. Dalam Felda kita tidak bezakan siapa penyokong UMNO ke Pas ke PH semua dapat. Jadi kalau semua dapat ia bukan rasuah,” katanya kepada pemberita.

Chef Wan hari ini semasa hadir berkempen untuk Pakatan Harapan di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada Datuk Seri Najib Razak.

Chef Wan berkata beliau tidak merestui langkah Felda - semasa ditadbir kerajaan BN yang memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah anak yang membesar di petempatan Felda.

Mengulas lanjut bekas Perdana Menteri itu berkata bahawa BN semasa mentadbir rasa bertanggungjawab untuk membantu peneroka yang majoriti memiliki pendapatan kurang.

“Sekarang ini pendapatan mereka begitu rendah sekali ada yang dapat RM74 bulan lepas sahaja di Sg Koyan ada yang lebih dari itu macam mana mereka nak hidup?,” ujarnya yang enggan melayan mata-kata nista Chef Wan mahu menamparnya. -MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Share This Video


Download

  
Report form