MIC bertindak membuat laporan polis terhadap calon Pakatan Harapan, M. Manogaran berhubung pemberian wang kepada warga Orang Asli dalam satu majlis tertutup yang tular dalam media sosial sejak pagi tadi.
Sejak pagi tadi beberapa keping gambar yang menunjukan seorang wanita ‘misteri’ memegang serta memberikan wang nota RM50 dan RM5 kepada sekumpulan warga Orang Asli Cameron Highlands dipercayai dalam sebuah majlis tertup semalam.
Majlis itu juga telah dihadiri oleh Manogaran, Pengerusi DAP Selangor merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dan beberapa lagi pimpinan lain.
Menurut Ketua Pemuda MIC, R. Thinalan, beliau telah mengarahkan kesemua ahli terutamanya dalam kalangan Pemuda untuk membuat laporan polis seluruh negara bagi mendesak pihak polis menyiasat secara teliti ‘pemberian’ wang tersebut.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv