TERKINI : Keadaan Kecoh dan Tegang Antara Penyokong Najib dan Polis

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 0

KUALA LUMPUR - Keadaan menjadi kecoh di pekarangan pintu masuk utama ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta di sini.

Ia berikutan kebanjiran lebih 100 penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang mula menunjukkan rasa tidak berpuas hati apabila disekat daripada memasuki mahkamah.

Mereka mula terlibat pertelingkahan mulut bersama pengawal keselamatan dan polis selepas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dibenarkan memasuki mahkamah untuk menghadiri pendakwaan bekas perdana menteri yang juga bekas presiden UMNO sebagai sokongan solidariti.

Polis mula menurunkan pasukan Tindakan Ringan atau Light Strike Force sekitar kekuatan 100 orang untuk mengawal situasi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Share This Video


Download

  
Report form