TERKINI : "Pakatan Harapan Perlu Belajar Lagi Jadi Kerajaan" - Zahid Hamidi

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 1

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) perlu belajar lagi untuk menjadi kerajaan di masa akan datang.

Menurut beliau, PH sudah menjadi kerajaan dan jangan terbawa-bawa sikap pembangkang yang telah lama menjadi darah daging mereka selama ini.

"Saya rasa mereka perlu belajar lagi untuk jadi kerajaan dalam melaksanakan aturan mesyuarat (dalam Dewan Rakyat).

"(Ahli Parlimen) mereka patut belajar lagi, jangan terus menyampuk," katanya kepada media selepas selesai sesi sidang Dewan Rakyat hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Share This Video


Download

  
Report form