TERKINI : Kita Sensitif Pendapat Orang Ramai Terhadap Isu UIAM - Tun Mahathir

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 1

PETALING JAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengkaji semula pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelantikan itu bukan keputusan muktamad dan ia masih boleh diubah serta dipertimbangkan semula selari dengan dasar PH.

“Isu UIAM ini, ramai (pihak) yang memberi pendapat dan kita selalu sensitif terhadap pendapat orang ramai dan kita akan kaji tentang pelantikan ini.

“Ini kerana ia (keputusan lantik) tidak terukir atas batu, kita boleh ubah pendirian kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan PH di bangunan Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Share This Video


Download

  
Report form