'Bon Voyage’ MCA - Mohd Anuar | Edisi MG 28 OGOS 2018

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 1

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara, Mohd Anuar Mohd Tahir mengkritik dan menyindir calon MCA Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balakong, Tan Chee Teong kerana keluar berkempen atas lambang parti sendiri dan bukannya lambang bersama (Barisan Nasional).

Beliau membuat perbandingan dengan calon Pakatan Harapan, Wong Siew Ki yang dikatakan bertuah kerana calon pertama bertanding atas lambang bersama iaitu Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Balakong.

Mohd Anuar juga mengucapkan selamat jalan, atau Bon Voyage’ dalam bahasa Perancis, kepada MCA dalam menempuhi perjalanan politik yang lebih sukar sendirian kerana MCA seolah-olah meminggirkan Barisan Nasional dan menunjukkan tanda perpecahan dalaman parti.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Share This Video


Download

  
Report form