"Pendedahan KP SPRM, Shukri Ganggu Siasatan" - Bekas Peguam Negara

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 3

Datuk Shukri Abdull yang dipanggil kembali memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dinasihatkan tidak banyak bercakap sebaliknya memulakan tugasnya dengan segera.

Jelas bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, pendedahan Shukri semalam mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berisiko mengganggu siasatan yang sedang dijalankan kerana kenyataan-kenyataan bersifat prejudis yang dikeluarkannya.

“Pendapat peribadi saya ialah lebih baik tiada kenyataan umum kerana ia boleh memprejudiskan siasatan dan jejaskan prosiding mahkamah.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Share This Video


Download

  
Report form